Tuesday, October 11, 2022

PERTANDINGAN DEBAT PIALA KETUA PENGARAH

 

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat Politeknik Muadzam Shah kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah JPPKK yang akan berlangsung dari 3-6 Oktober 2022 bertempat di Politeknik Merlimau Melaka.

6 Oktober 2022 - Pada hari ini, Politeknik Merlimau (PMM) selaku penganjur bagi Pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah JPPKK kali ke-9 telah mengangkat juara baharu bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Bagi pertandingan debat, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) telah diangkat selaku juara sekali gus membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 800.00 dalam pertandingan ini. Naib johan telah dirangkul oleh Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dengan membawa pulang piala dan wang tunai RM 600.00 makala tempat ketiga jatuh kepada Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) dan Politeknik Seberang Perai (PSP) yang juga menerima piala dan wang tunai RM 400.00.

Bagi acara pidato pula, Politeknik Seberang Perai (PSP) telah dijulang selaku juara yang turut membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 300.00, tempat kedua dimiliki oleh Politeknik Muadzam Shah (PMS) membawa pulang RM 200.00 dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pula meraih tempat ketiga membawa pulang piala dan wang tunai RM 150.00.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Mejar Norizam bin Sekak, Pengarah PMM dan hadir bersama wakil daripada Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK, Encil Aidil Azhiim bin Shamsuddin, Penolong Pengarah Kanan BAPP. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.


Peserta pidato PMS juga telah berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu, Piala Ketua Pengarah JPPKK. Apa yang membanggakan juga disini adalah pasukan debat PMS telah 3 kali disenaraikan sebagai pendebat terbaik.




MESYUARAT PERANTI SISWA