Wednesday, May 18, 2022

PENYALURAN PERUNTUKAN OS 42000

 

Penyaluran peruntukan OS 42000 (Fasa 1) oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) kepada Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tujuan pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar seperti sukan, kemahiran, kepimpinan, kelab & persatuan, kesukarelawanan, komunikasi bahasa, kebudayaan, kerohanian, psikologi, kesihatan serta sahsiah. Justeru itu pengurusan PMS telah menagihkan jumlah tersebut kepada jabatan dan unit bagi tujuan melaksanakan aktiviti pelajar.

Sekiranya prestasi perbelanjaan telah melebihi sasaran (sekurang-kurangnya 50%) sehingga akhir Jun, peruntukan tambahan boleh dikemukakan kepada BAPP untuk proses penyaluran seterusnya. Diharapkan kita dapat berbelanja secara berhemat untuk memastikan semua pelajar mendapat manfaat dalam aktiviti yang disertai.

Surat hebahan dari Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar adalah seperti berikut.

https://drive.google.com/file/d/14ghNB22I10cJlOCONnjzLAXPwxaYP-H9/view?usp=sharing



GARIS PANDUAN KEWANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM

 

Berikut adalah Buku Garis Panduan Kewangan Bagi Perlaksanaan Program / Aktiviti Pelajar Politeknik Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti untuk rujukan bersama. Pelajar PMS digalakkan untuk menceburi pelbagai program yang diadakan bagi meningkatkan pengetahuan dan sahsiah diri dengan mengikut garis panduan dan tatacara yang betul dan telus.

Seharusnya setiap aktiviti perlu dirancang dengan teliti berdasarkan daripada perancangan aktiviti sama di kalangan staf jabatan atau penyelaras kelab dan persatuan secara terancang dan bersistematik agar program yang dijalankan dapat memberi impak dan memenuhi KPI yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan dan PMS.

https://drive.google.com/file/d/1UdOtiCFYZE_Invcq3Pic3PQOdvRv7DkG/view?usp=sharing


MESYUARAT PERANTI SISWA