AKTIVITI PELAJAR
Thursday, November 10, 2022
Wednesday, November 9, 2022
PENYAMPAIAN PERANTI SISWA FASA 2
4 November 2022 : Telah berlangsung Majlis Penyerahan Peranti Siswa Fasa ke 2 di Dewan Milenium Lestari UNITEN MUadzam Shah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Hassan bin Ariffin, Ahli Parlimen Kawasan Rompin. Seramai 83 orang pelajar Politeknik Muadzam Shah telah menerima peranti masing-masing pada majlis ini. Turut hadir bersama pada majlis ini ialah Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof , Timbalan Pengarah Akademik, En Sharul Nizam bin Mohammed dan pihak HEP PMS.
Tuesday, November 8, 2022
PENYAMPAIAN PERANTI SISWA FASA 1
20 Oktober 2022 : Seramai 535 orang pelajar telah menerima Peranti Siswa menerusi Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia yang merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu pelajar dari golongan B40 dalam memastikan proses pengajian mereka di politeknik berjalan lancar.
Majlis penyerahan Peranti Siswa telah diadakan di Dewan Besar bermula jam 8.30 pagi dengan kehadiran daripada pelajar-pelajar PMS dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Terima kasih diucapkan kepada Kementerian KOmunikasi dan Multimedia atas sumbangan peranti ini dan diharapkan pelajar-pelajar dapat memanfaatkan kemudahan pembelajaran yang telah diberikan.
Monday, November 7, 2022
POLYSKILL 2022
13 penyertaan dari PMS yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (1 penyertaan), Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (4 penyertaan), Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (4 penyertaan) dan Jabatan Perdagangan (2 penyertaan) dan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (2 penyertaan).
Daripada 13 penyertaan pelajar dalam tujuh bidang yang dipertandingkan itu, PMS telah berjaya merangkul satu pingat emas dan satu pingat gangsa iaitu
EMAS
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti - Tourist Guiding Technique - FARAH SEPHIA BINTI MISBAH
GANGSA
Jabatan Rekabentuk Komunikasi Visual - Visual Merchandising - IDHAM BIN IESLAH
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang berjaya menyahut cabaran menyertai pertandingan ini. PMS POLYSKILLS akan memberikan daya saing untuk POLYSKILLS akan datang bagi pencapaian yang lebih baik.
Tuesday, October 11, 2022
PERTANDINGAN DEBAT PIALA KETUA PENGARAH
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Debat Politeknik Muadzam Shah kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir pertandingan Debat dan Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah JPPKK yang akan berlangsung dari 3-6 Oktober 2022 bertempat di Politeknik Merlimau Melaka.
6 Oktober 2022 - Pada hari ini, Politeknik Merlimau (PMM) selaku penganjur bagi Pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu Piala Ketua Pengarah JPPKK kali ke-9 telah mengangkat juara baharu bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Bagi pertandingan debat, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) telah diangkat selaku juara sekali gus membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 800.00 dalam pertandingan ini. Naib johan telah dirangkul oleh Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dengan membawa pulang piala dan wang tunai RM 600.00 makala tempat ketiga jatuh kepada Politeknik Tun Syed Nasir (PTSN) dan Politeknik Seberang Perai (PSP) yang juga menerima piala dan wang tunai RM 400.00.
Bagi acara pidato pula, Politeknik Seberang Perai (PSP) telah dijulang selaku juara yang turut membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM 300.00, tempat kedua dimiliki oleh Politeknik Muadzam Shah (PMS) membawa pulang RM 200.00 dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) pula meraih tempat ketiga membawa pulang piala dan wang tunai RM 150.00.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Mejar Norizam bin Sekak, Pengarah PMM dan hadir bersama wakil daripada Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar (BAPP), JPPKK, Encil Aidil Azhiim bin Shamsuddin, Penolong Pengarah Kanan BAPP. Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya.
Peserta pidato PMS juga telah berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan Debat & Pidato Bahasa Melayu, Piala Ketua Pengarah JPPKK. Apa yang membanggakan juga disini adalah pasukan debat PMS telah 3 kali disenaraikan sebagai pendebat terbaik.
Tuesday, June 21, 2022
BUKU PANDUAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG POLITEKNIK (APCP)
Wednesday, May 18, 2022
PENYALURAN PERUNTUKAN OS 42000
Penyaluran peruntukan OS 42000 (Fasa 1) oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) kepada Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tujuan pelaksanaan aktiviti pembangunan pelajar seperti sukan, kemahiran, kepimpinan, kelab & persatuan, kesukarelawanan, komunikasi bahasa, kebudayaan, kerohanian, psikologi, kesihatan serta sahsiah. Justeru itu pengurusan PMS telah menagihkan jumlah tersebut kepada jabatan dan unit bagi tujuan melaksanakan aktiviti pelajar.
Sekiranya prestasi perbelanjaan telah melebihi sasaran (sekurang-kurangnya 50%) sehingga akhir Jun, peruntukan tambahan boleh dikemukakan kepada BAPP untuk proses penyaluran seterusnya. Diharapkan kita dapat berbelanja secara berhemat untuk memastikan semua pelajar mendapat manfaat dalam aktiviti yang disertai.
Surat hebahan dari Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar adalah seperti berikut.
https://drive.google.com/file/d/14ghNB22I10cJlOCONnjzLAXPwxaYP-H9/view?usp=sharing
-
Penyaluran peruntukan OS 42000 (Fasa 1) oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) kepada Politeknik dan Kolej Komuniti bagi tuj...
-
Berikut adalah Buku Panduan Anugerah Pelajar Cemerlang (APCP) yang dikeluarkan oleh JPPKK sebagai rujukan dan panduan di dalam pemilihan T...